hanyapadailahi on FB

Jika cinta kpd manusia menjauhkn kita dr Allah, maka cinta itu adalah palsu..[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]:::Sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara"

~ My Princess


Ratuku,
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah..

Ratuku,
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila kudengar Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu…

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila kumelihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya…

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku?
Kerana apa yang kulihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh…

Ratuku,
Bukanlah kuharap kau segigih siti hawa,
Yang berlari-lari diantara safa dan marwah.
Bukan jua sesetia ainul mardhiyah,
Menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah siti khadijah
Mahupun siti fatimah,
Engkau bukan a’isyah
Bukan juga rabiatul adawiyyah
Wanita suci terpuji

Kerana,
Aku tidak layak berharap sedemikian rupa,
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti,
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar,
Tapi itu hanya ujian buatmu..

Ratuku,
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang kuharapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi,
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu,
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu,
Kerna,
Kau ratu idaman kalbu..

Ratuku
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi,
Bukan itu yang kuharapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum mekar
Kerana aku akan temui
Ratu yang benar-benar ratu………

Written by

0 comments:

Terima Kaseh Untuk Respon & Komen

Ana Hamster Periang

There was an error in this gadget