hanyapadailahi on FB

Jika cinta kpd manusia menjauhkn kita dr Allah, maka cinta itu adalah palsu..[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]:::Sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara"

Warkah Buatmu, Gadis Berniqab

Warkah Buatmu, Gadis Berniqab

Salam kemaafan ku hulurkan buatmu sahabatku gadis berniqab, andai kata coretanku selepas ini bakal menghiris hatimu. Tiada apa yang dapat ku lafazkan lagi melainkan aku amat menyayangimu sahabatku kerana kau sahabat seakidah di jalan dakwah juga kerana kecekalan imanmu mempertahankan niqab sebagai pakaian yang melambangkan ketinggian peribadimu.

Sahabatku yang dirahmati Allah..

Sungguh aku amat berbangga denganmu. Penampilanmu yang sopan membuatkan kau dihormati di mata masyarakat yang memahami tuntutan berpurdah.

Tapi sahabatku..

Tiada manusia yang benar-benar sempurna melainkan junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Terkadang kita terlupa, dan menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk saling mengingati saudaranya agar tidak terus hanyut.

Aku tidak menyalahkan dirimu kerana niqab, sahabatku. Aku juga pernah terlalai dan alhamdulillah, diri yang kerdil ini telah ditegur oleh seorang sahabat berhati mulia, yang tidak mahu hati ini terus dimamah dosa, juga kerana sayangkan agamanya. Diri ini terasa sangat malu apabila ditegur oleh seorang ikhwan yang tidak dikenali, tapi akhirnya diri ini memandang teguran itu sebagai satu kritikan yang membina. Jazakallah di atas teguranmu sahabat, semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu.

Bukan sahabatku...

Bukan kerana niqab, tapi semuanya bertitik tolak dari diri kita sendiri.. Jauh dari lubuk hati kita yang paling dalam. Tanya imanmu sahabatku, apa tujuan kita berniqab? Sudah tentu untuk melindungi wajahmu dari pandangan mata yang bakal mengundang nafsu. Jadi, apa tujuanmu mempamerkan gambarmu yang berniqab di laman sosial ( friendster, myspace, facebook etc.)?

Apakah untuk tujuan berdakwah?

Sahabatku…

Matlamat tidak menghalalkan cara. Banyak lagi cara untuk kita meyampaikan dakwah tetapi bukan dengan cara ini. Biarpun memang ada hati yang insaf tatkala melihat dirimu yang tampak sopan menghijab diri, tapi dapatkah dipastikan bahawa mata yang melihat dirimu itu semuanya mata-mata muslimah? Apakah tiada mata-mata lelaki ajnabi yang memandangmu walaupun sudah lengkap terhijab dengan niqab?

Ya..

Mungkin ada yang berkata. “Ah! Tak apalah. Muka dah tak nampak. Semua dah bertutup. Takkan nak timbul nafsu juga…”



Dari kerana mata…


Tahukah kamu sahabatku yang disayangi…

Lelaki itu tinggi imaginasinya. Walau hanya dengan melihat fotomu yang berniqab, tapi akal mereka masih mampu meneroka setiap inci dirimu. Memang benar sahabatku. Melalui fotomu, dapat dilihat kurus atau berisinya dirimu, tinggi atau rendahnya, malah melalui sebahagian kecil matamu yang kelihatan sudah cukup mampu menggambarkan kecantikan wajahmu, sahabatku.

Biar sehebat mana iman seseorang lelaki itu, biar setinggi mana ilmu agama yang mereka pelajari, namun itu bukanlah jaminan sempurnanya kekuatan iman seseorang itu. Rambut saja sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kita tidak dapat menduga apa yang ada di dalam hati mereka. Mata yang melihat sudah tentu akan mendorong akal untuk berfikir tentang foto perempuan berniqab yang dilihatnya. Akal yang berfikir sudah tentu akan didorong nafsu untuk membayangkan rupamu lebih jauh lagi. Mungkin bukan semua, tetapi itulah kemungkinan yang bakal terjadi andai kita tidak menjaga diri.

"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.




‘Mawar berduri’ vs ‘Mawar yang rugi’

Sahabatku…

Andai kau merasakan dirimu mawar berduri, buktikan!! Bukan dengan pembuktian dengan meng’upload’ foto wajahmu yang berniqab, melambangkan dirimu seolah-olah ‘mawar berduri’. Tetapi dengan cara menghentikan ‘upload’ fotomu itu. Engkau tidak rugi sahabatku. Malah engkaulah orang yang beruntung, kerana dirimu terhindar dari pandangan mata ajnabi yang melihat, dan akal mereka yang berfikir. Dirimu juga terhindar dari dosa membiarkan ajnabi berfikir dan membayangi rupamu. Dan sekaligus menyelamatkan lelaki ajnabi dari dosa melihatmu dan membayangi rupamu. Juga engkau telah menyediakan dirimu suci-sesuci sucinya untuk seseorang yang lebih berhak lagi halal bagimu. Ingat sahabatku gadis berniqab, dirimu sudah menjadi maqam qudwah buat masyarakat di luar sana. Justeru itu, elakkan segala perkara yang bakal mengundang fitnah buat kita, para niqabi.


Wanita itu fitnah

Sahabat yang ku sayangi fillah…

Menjadi wanita itu sendiri adalah fitnah. Segala tindak tanduk kita, andai tidak dikawal dan dijaga, bakal meletakkan diri kita di dalam fitnah lebih-lebih lagi kepada muslimah pembawa agama. Ini bukan satu kekangan yang mengongkong kita, bukan juga satu diskriminasi buat kita, tetapi pandanglah ia sebagai satu penghormatan buat kita, muslimah pendukung agama. Mungkin bagimu, isu sebegini hanya satu perkara remeh, tetapi ingat para niqabi… Jika dibiarkan berlarutan, kesannya pasti akan mengundang mudarat yang lebih besar. Masyarakat di luar sana pasti akan berkata tentangmu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seorang dua di kalangan kita yang buat perangai, habis semua gadis berniqab yang akan terkena tempiasnya.

Dan jangan sesekali salahkan lelaki itu jika mereka memulakan langkah untuk mengorat. Jika kita terus-terusan menyalahkan mereka, itu suatu perkara yang tidak adil. Sedangkan siapa yang membuka peluang untuk mereka kalau bukan kita? Kita sendirilah yang menyediakan diri untuk fitnah itu, sahabatku…

Sahabatku, teman seiman…

Maafkan diriku sekali lagi wahai sahabat. Aku tahu, aku bukanlah orang yang layak untuk menegur kalian, namun aku tidak sampai hati membiarkanmu terus-terusan begini, sedangkan aku sendiri sudah tahu danperkara sebegini tidak layak terjadi pada diri kalian. Aku terpaksa berkata benar biarpun ia pahit. Aku tidak memaksa kalian untuk mengikut pendapatku, tetapi, jentiklah akalmu, tanya imanmu. Mati itu pasti cuma tidak pasti bilakan terjadi dan semoga penamat kehidupan ini disudahi dengan husnul khotimah. Juga aku tidak mahu sendirian dalam mengejar redha Ilahi, aku ingin kita bersama-sama dalam memperbetulkan diri. Biarlah kita bersama-sama saling melengkapi sahabatku. Sungguh aku amat mengertinya, kerana aku sebahagian dari kamu semua, para niqabi… Semoga kita tidak terhijab dari menerima hidayah dan taufiqNya.

Salam sesuci titis qatrunnada, buatmu gadis solehah, yang maharnya iman dan taqwa, lalu dihiasi tulusnya cinta. Buatmu puteri, ku doakan untaian mutiara solehah mengalungimu…

Dariku,
Pengemis Redha Ilahi,
Asma Amanina
1.42 a.m
13 November 2009 @ 24 Dzulqaeidah 1430 H
p/s : Peringatan ini ditujukan terutamanya buat penulis sendiri yang selalu terleka. Juga tidak ketinggalan buat semua rakan akhwat sama ada yang berniqab mahupun tidak.

Written by

8 comments:

  1. salam wbt... syukran di atas nasihat yg diberi...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak..:)

    ReplyDelete
  3. saya suka tajuk ni...boleh sy copy???sy akn sertakan bersama sumber dari sini...

    ReplyDelete
  4. Sob, sebok ak baco post ni. aigoo. byk kot keno katku. pgak xpo. utk peringtan. anyway. thanks ah. 1 more thing i got for tonight ! syukran sodiqi !!

    ReplyDelete
  5. boleh jer nak copy ...sebar itu. Saya redha, semoga Allah perluaskan hidayah-Nya, melalui usaha-usaha kita"
    atikah; afwan ..insyaAllah smg Allah x sia2 kan usaha kita dlm menuntut ilmu di alam maya ni...=)

    ReplyDelete
  6. http://lobaitampin.blogspot.com/p/novel-gadis-berniqab.html
    Assalamualaikum w.b.t
    [Petikan daripada novel Gadis Berniqab]:

    “Sombong pula minah ini, ingat aku suka sangat dekat dia, perasan, pakai macam hantu bungkus, siapa minat,” kata lelaki tersebut kepada rakan di sebelahnya. Rakannya hanya ketawa kecil. Hanisah tidak mendengar kata-kata lelaki itu. Tetapi ia didengari oleh Humaira dan Alice. Humaira terdiam. Dia hanya mengurut dadanya. Dia beristighfar perlahan.

    “Astaghfirullah,” bisik Humaira perlahan kepada dirinya.

    Maklumat novel:


    Tajuk: Gadis Berniqab
    Penulis: Mohd Masri bin Mohd Ramli
    Penerbit: Pustaka Azhar
    Harga: RM 20 (tidak termasuk pos)
    Cara pembelian: Sila private messsage di FB saya, atau sms kepada saya (013-2506391) maklumat-maklumat berikut: Nama, alamat pos, nombor telefon, serta jumlah yang mahu dibeli.


    Cara penghantaran: Untuk pelajar UIA, novel akan dihantar secara terus kepada pembeli. Untuk yang di luar UIA, novel akan dihantar menggunakan pos laju.


    Harga novel + Kos pos: Semenanjung Malaysia: RM 26 (20+6)
    Sabah dan Sarawak: RM 29 (20 + 9)


    Pembayaran: Bayaran boleh dilakukan kepada akaun:
    CIMB Islamic
    Mohd Masri Bin Mohd Ramli 05060000995200.


    Sila maklumkan kepada saya melalui FB apabila pembayaran telah dibuat.

    ####

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..thnx more n more..!!!

    ReplyDelete

Terima Kaseh Untuk Respon & Komen

Ana Hamster Periang

Fish