hanyapadailahi on FB

Jika cinta kpd manusia menjauhkn kita dr Allah, maka cinta itu adalah palsu..[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]:::Sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara"

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)



BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....

random tags..sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)



Written by

7 comments:

  1. nk terima seseorang kena lah dgn hati yang ikhlas kan... sy xleh terima dia n sy xtau cane nak bgtau dia... pastinye akn menyakitkan perasaan dia.. xtau nk bgtau cane... =(

    ReplyDelete
  2. xleh terima tu, mesti ada sebab ..........................."sebab" tu ialah penyebab atau punca yg kamu x dapat menerimanya .....so, bila dpt kenalpasti punca ..maka ..insyaAllah masalah anda akn temui jalan penyelesaiannya ..=) so, skrg ni utk langkah awl ..sy yakin ..anda dh kenalpasti apa punca masalah anda (yakni sebab) ...smg Allah permudahkan ....

    ReplyDelete
  3. tq... tp xtahu mcm mane nk sttlekn bnda ni... serba slh sgt...

    ReplyDelete
  4. guna org tengah utk sampaikan yg "sebenarnya" ...yakni mana2 teman yg kamu percayai dan boleh harap...=)

    ReplyDelete
  5. sampaikan kpd beliau dgn cara paling berHIKMAH ...insyaAllah hati beliau akan terima ..di iringi dgn doa pd Nya ....=)

    ReplyDelete

Terima Kaseh Untuk Respon & Komen

Ana Hamster Periang

There was an error in this gadget