hanyapadailahi on FB

Jika cinta kpd manusia menjauhkn kita dr Allah, maka cinta itu adalah palsu..[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]:::Sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara"

Jangan Diusik Hati yg Lemah..

WAHAI LELAKI, JANGAN DIUSIK HATI YANG LEMAH ...

pesanan utk diriku, perkongsian utk sahabat2ku .....

selamat menyiram taman hati anda ................=)

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta.

Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan

Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.

Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu.

Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.

Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.


Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.

Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya.
Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta diungkap, hati gelisah.

"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.

"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.

Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.

Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.

"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.

"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi.

Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.

"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan.

Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat.

Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.

Jika YA, katakan dengan cepat.

Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.

"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.

"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.

"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"

Perasaan wanita, lelaki harus hormati.

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.

Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.

Mengantuk disorongkan bantal.

Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.

Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah.

Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.

Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.

Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!

Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.

Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?

Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.

Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.

Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan jangan layan jangan.

"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.

Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".

Ustaz Hasrizal

Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.

Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.

Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks... -

-COPY FROM iluvislam-

p/s: terima kaseh krn sudi meluangkan masa utk baca entry ni...semoga hati anda subur dengan keimanan yang mekar mewangi ....igt selalu pesanan sy..hanyapadailahi....=)
jgn mengharapkan pd makhluk ...dan makhluk tu pun kena igt la..jgn mudah melafazkan SAYANG sebelum beliau menjadi kekasih halalmu...jgn pernah menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu..DOSA tau!...hormatila perasaan beliau ...explain bebaik ...

ayat cadangan:

"terima kasih utk perasaan murni awk pada saya tu...bnyakanla b'doa...bila di sebut jodoh, jodoh ni mmg Allah dh tetapkan, tp dakah kita mnunggu dan terus menunggu begitu jer? jawabnya TIDAK! ape perlu kita buat? kita kena USAHA ...oke, cmne nk usaha? kena g jumpa mak ayah laki tu sndiri ke? utk wanita, utk permulaannya tak perlu lg, habis tu cne nk buaat?? oke, just luahkan hasrat dihati kamu itu kpd si lelaki yg bertuah tu ....cara itu juga dinamakan USAHA ...so? xde pape lah, selesai sudah....faiza azamta fatawakkal alallah.....lepas berusaha , bertawakal la pd Allah ...


"emmm malu la, mcm perigi cari timba plak"


Tak! jgn fikir camtu! cuba renungkan kisah Ummi kita, siti khadijah melamar Rasulullah ....cmne? adakah ia suatu yang aib dan memalukan? tak! bahkan dituntut dalam agama ...ingat tu...kejar sang lelaki suci itu,
karena itu adalah hakmu,
seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua
terukir dalam kitab suci. ...read more....


insyaAllah..kalau ada jodoh..b'jumpa juga akhirnya...sy tak menolak...siapalah sy utk melawan takdir yang Esa....kalau Allah dh tetapkan kamu yg terbaik utk sy....sy terima seadanya..sy juga manusia biasa seperti kamu..siapalah sy utk mengimpikan teman hidup sesolehah puteri nabi Fatimah az-zahra r.a kalau diri x sehebat Saidina Ali karramallahuwajhah.....aku sememangnya tidak layak untuk berharap sedemikian rupa...ape yg kuharapkan ..cukuplah sekadar kamu mencontohi BUNGA itu...

sama-doakan semoga masing2 dapat yang terbaik...ape yg penting sy ingin igtkan..harapkanla pada Allah...insyaAllah jangan pernah lupe utk gantung pada Allah dl stiap amalan kita....insyaAllah jika bjaya(dijodohkan) kita tak alpa...jika gagal(xde jodoh) tak kecewa...

mencintai tak bererti memiliki...sifat memiliki hanya layak utk Allah...kita semua milik Allah ...Allah sediakan yg terbaik utk HambaNya..sedarilah..banyak lagi tanggungjawab yg lebih aula (utama) dr semua ni ...kita ada family yg menunggu dan sering mendoakan kejayaan kita ...dahulukan yg utama ....jgn sebab ni..hancur segala harapan keluarga ....please deh, utk sy juga pesanan ini... jgn mengharapkan makhluk...raihlah cinta kepada pencpta Cinta ....inyaAllah..yakinlah! janji Allah pasti berlaku...bukan macam janji melayu......"

hehe panjang ayat cadangan ...mcm empunya diri je mengalami ..hehe...xde la ayat cadangan jer..
"belajar dari pengalaman orang adalah lebih baik dari belajar dari kesilapan diri sndiri"

di sini sy kongsikan post sy yang lepas "aku tinggalkan dia kerana Allah"

semoga dpt bg manfaat ......

sekian...wallahua'alam



Written by

14 comments:

  1. muhasabah diri... islah qalbi.. hati yg lemah..

    ReplyDelete
  2. entah kenapa baca entry ni buat air mata sy mengalir...

    ReplyDelete
  3. sayap pejuang: insyaAllah ..sama2 muhasabah diri ...sabar itu bukan hnya menahan kemarahan..malah sabar dlm setiap amalan ..insyaAllah manis ganjaranNya..sabar itu indah ....=)

    ReplyDelete
  4. cik zaa: smg air mata kamu gugur b'sama debu "kesilapan" lalu ...smg Allah "pandang" kita dengan pandangan keampunan dan keredhaan ...=')

    ReplyDelete
  5. aik.... post ni di-edit smula ke.. sero kt ayat cadangan hr tu lain jah, ni makin pnjang cadangannya...hehe.. apa2pn, perkongsian yg mnarik.. mga bermanfaat utk smua..

    ReplyDelete
  6. heeehee...o0..kiro, baca pulok la ke gano? hee

    ReplyDelete
  7. hehe... TER-baca plok.. hmm, bleh je kn nk ulang 2-3x pn....hehe

    ReplyDelete
  8. "Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu."

    Assalamualaikum, i've no words to describe this entry, but i would love just to say it's worth f0r you wrote this ent.=)h0pe y0ur talent can help many m0re pe0ple t0 ease their pains of 'jiwa.'and f0r the inverted c0mmas ab0ve, sy sgt suka ayat itu. jazakallah!

    "siti khadijah melamar Rasulullah ....cmne? adakah ia suatu yang aib dan memalukan? tak! bahkan dituntut dalam agama ...ingat tu...kejar sang lelaki suci itu,
    karena itu adalah hakmu,
    seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
    Jangan ada ragu, jangan ada malu,"

    and f0r these stanza, yeah there's no stanza nway, but i'd just wanna say it as stanza, a friend of mine said to me last time b0ut 2m0nths ag0, "bila ada sesuatu yg baik di depan anda, walaupun hampir terlepas, genggam lah ia. ibarat anda menggenggam bara api, anda tau ia panas, tapi oleh kerana anda ingin ia, jd harus berkorban sedikit untuknya,(kejar sang lelaki suci itu,karena itu adalah hakmu, jgn ada ragu, jgn ada malu),sampailah anda yakin anda tidak mampu lagi menahannya dari pergi, jadi pada waktu itu barulah anda lepaskannya." and you will let him/her leaves f0r good insyaAllah.

    #s0rry f0r this so l0ng c0mments, nway, here saya d0akan anda sem0ga dipanjangkan umur t0 help others with the help and inspirati0ns fr0m Him. tq f0r the entry. =)

    ReplyDelete
  9. Anda?! sayakah itu?! tiada yg lain dh rasanya yg dimaksudkan "anda" itu melainkan empunya blog ni..heee...

    ya!
    Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih JAUH dipandangan mata masih kabur dalam kepala, jangan sekali-kali GATAL bibir mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu. jangan menabur janji bagai yg entah ke mana!"

    ReplyDelete
  10. Terima Kasih That wAs i, N this Is mE ....its okey jer...terima kasih utk doa sokongan, terima kasih utk perkongsian, terima kasih utk ziarah bc entry blog "rojak" ni ....hee..ws

    ReplyDelete
  11. y0u are t0tally welc0me.=) and saya tak maksudkan "anda!" f0r the first paragraph itu adalah mr. Abdullah Sobri ye, i just love that sentence, s0 meaningful dan harap orang yg menulisnya jgk fhm apa yg ditulis la ye, hehe, nway n0 offense! this is n0t r0jak t0tally! sem0ga byk lagi enrty2 yg bag0s f0r the sake of many "jiwa." thanks. =)

    ReplyDelete
  12. saya form 3...dan saye teringin nk memakai niqab..tapi saya takot org ak memendan lain kpd saye..dan saye x de kkuatan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah syukur pd Allah yg menganugerahkan rasa itu pd adik ...
      "kumpulkan" kekuatan adik tu dgn bersahabat dgn shbt yg boleh bw adik ke akhirat , baca buku2, novel2 atau entry pasal pngalaman muslimah berniqab ...insyaAllah sedikit demi sedikit kekuatan adik akn btambah! smg Allah permudahkan adik..=)

      Delete

Terima Kaseh Untuk Respon & Komen

Ana Hamster Periang

Fish