Semangat Dari "kekasihku" setelah Allah & rasul ...


Saidina Ali r.a berkata : "Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi mutunya ialah ilmu yang melahirkan kesan kepada tingkah laku dan anggotanya"

Semoga sahabat semua beroleh keberkahan ilmu berpanjangan dan berjaya memiliki ilmu yang paling TINGGI mutunya, Insya Allah!

khas buat sahabat yang ingin ke USIM, KUIN, JORDAN & MESIR, semangat dari kami untuk kalian
~ terima kasih sahabatku ....<3
1 more pesanan dari "kekasih"ku

Assalamualaikum ...
ini pesanan buat sahabat baikku ...
kamu perlu bersyukur kerana dimudahkan Allah dalam urusan cita-citamu ..
Mulianya seseorang itu apabila ia mengabdikan diri utk ILMU, jika kamu bertekad: ILMU sebagai pilihanmu, maka hendaklah bersedia dan bersabar dalam perjalanannya ..
Langkah ini langkah yang ganjil kerana jarang dilalui orang, perjalananmu masih jauh, kamu akan diuji dari setiap penjuru, namun kamu perlu ketahui bahawa kamu sebenarnya punya senjata utk menghadapinya kalau kamu benar-benar mengerti (yakni ILMU)...
Jazamkan dalam sanubarimu: "jika aku peroleh ILMU, Maka aku BERJAYA, jika aku gugur diperjalanan, aku sbg SYUHADA' ...
Jadilah orang berilmu kerna orang berilmu ibarat PERMATA yang mewarisi juzuk nubuwwah..
hilangnya perginya tiada ganti ...Aku mohon Halal dan Maaf dalam persahabatan ini jika ada hutang dan salah..insyaAllah jumpa lagi di masa depan kalu panjang umur...smg berjaya fi "darain" ..Aminn....=')
~ sahabatmu ::Mohd Zulhilmi Yaacob::

ya Allah .....air mataku terus menerjah pipi setelah membaca SMS ni ...huhuhuhu ...bertapa beratnya Amanah ini ...smg Allah kuatkan hatiku,kami dan beliau sahabatku merangkap kekasihku ..

masej ni dihantar kpd abdullah sobri (penulis) je sbenaq nya ...hehe jgn jeles jgn kompius yer kerna abdullah sobri sentiasa ada untuk sahabat semua ... ni buh dlm blog ni nk kongsi dgn kamu semua laa....selamat menuntut ilmu walau dimana jua anda berada! maafkan segala kekuranganku ...

abdullah sobri ....
hanyapadailahi.blogspot.com..
Mu'tah, Karak, Jordan..
11 Oktober 2011

No comments

Powered by Blogger.