Apa itu Taqwa?!


“Apa itu taqwa?” tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab

“Pernahkah kamu meyusuri jalan yang penuh berduri?” balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

“Pernah..” jawab Umar.

“Apa yang kamu lakukan?” pintas Ubai.

“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati,” jawab Umar lagi.

“Itulah taqwa..” simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.

Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud:


”Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”



Menurut Ibnu Abbas r.a. :

"Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".

Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".



Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".



takwa-mencintai ALLAH sbenar-bnarnya,& usaha agar xterguris sdikit cinta pd ALLAH..beribadah & menjalani urusan hdup yang halal &
ikut syariat dengan ikhlas,KHAS utk ALLAH semata2,& elak & tinggal maksiat & pekare haram semahu-mahunya utk ALLAH semata-mata.. x
sedikitpon diharap pada redha & benci manusia,tidak sedikitpon dipandu pd balasan dosa & pahala,
syurga & neraka..

semuanya disandarkan pd CINTA ALLAH,& ingin menemui ALLAH di akhirat kelak(nikmat terbesar buat manusia)

Renung2kan &Selamat Beramal

No comments

Powered by Blogger.