Bersahabat bukan 1 Hari


Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri2 sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan [bantuan] daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

# Jika engkau berdiam diri [kerana malu hendak meminta], dia akan menanyakan kesusahan kamu.

# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

1 comment:

Powered by Blogger.