Hijrahku ~ Sebuah Pertemuan


walau di mana kita berada ..
kita tetap satu hati! ♥
walau sesekali pandangan kita berbeza,
kita saling melengkapi! ♥

Aku lahir ke dunia dengan izin yang Mu
lahirku saat rasul dan sahabat telah tiada, para tabi' tabiin juga telah meninggalkanku,
zamanku adalah zaman pemerintahan islam tidak lagi berkuasa,
aku terbit ditengah masyarakat islam, namun islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka, namun aku bersyukur kerna masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula,
aku kuatkan azam untuk menyertai mereka,
cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yg telah lumpuh ini. Generasi seusiaku yang sakit,
lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu, sibuk dengan cinta yang penuh noda,
aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna, namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna
kerana tiada manusia yg terlepas dari dosa dan tugasku adalah berusaha, gagal jatuh, dicela tak diterima itu perkara biasa, aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati, bukan nilaian harta yg aku cari. bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia. cukuplah redhaMu sebagai harga. Bantulah hambaMu ini. sedarkanlah semua generasiku ya rabb. aku yakin islam akan kembali dan akau takkan berhenti....salam hijrah ...

2 comments:

Powered by Blogger.