hanyapadailahi on FB

Jika cinta kpd manusia menjauhkn kita dr Allah, maka cinta itu adalah palsu..[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]:::Sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara"

Hukum Main Alat Muzik (gitar,gambus dll)



Assalamualaikum...
Hari ni aku nk kongsi psl Hukum main alat muzik mcm gitar dan sebagainya...
ok, bila berbicara dlm bab hukum ni, first skali kita kena perhatikan bab ni bab khilaf atau tak khilaf..

oke, bab alatan muzik ni ialah temasuk dalam bab khilaf ulama', ada ulama yg kata haram, ada yg kata tak haram ..dan haram tu sbb ape, tak haram tu sbb ape...itu first point!
adapun, utk diri kita ..yakni, org y sedang belajar..KENA BERSIKAP OPEN MINDED ..maksud aku, JANGAN terlalu EXTREME menghukum orang lain dan berkeras utk org menerima pendapat kita! kalu jahil, duk diam!! kenapa?! sebab, yg kata HARAM tu adalah ulama' dan yg kata HALAL tu juga ulama besar, bukannya mat rempit or mat kaki lepak tepi jalan! mereka semua adalah golongan ulama' muktabar...dah lama mereka bincang pasal ni, dah lama selesai.. org BODOH je yg nk besar2kan balik bab ni ....

"siapa yg bergaduh dalam bab KHILAF Ulama', dia BODOH!BENGONG! ~ Ust Azhar Idrus ...

tak perlu nk gaduh bos! nk trima pendapat yg kata haram, teruskan ....nak terima pendapat yg kata HALAL pon teruskan ....ISLAM ni mudah ....kita hk bodo ni je yg memayahkan ...hukum org lain, ckp dia tu fasiq, dia tu munafiq sbb wat benda haram! then m'hukum pd org lain tu bid'ah la, nabi tak buat, takde zaman nabi! weh, meh sini aku nk habaq kt golongan yg cakap camni!, bid'ah ni bukan saje benda hk nabi tak buat tp kita buat,...bid'ah ni, hak nabi buat, tapi kita plak tak buat! tu pun org panggil bid'ah!

benda khilaf bos, jgn Baloh!

Jom kita bc pendapat ulama pasal ni ...

Pendapat yg pertama kata HARAM, dan Pendapat yg kedua kata HALAL...
bg aku, aku pegang yg halal ..sbb boleh jdkan sbg salah satu jalan DAKWAH utk anak muda zaman sekarang! takde jalan lain ke?? haish kan aku dh cakap, ni salah satu jalan ...dh aku nk go on ikut jalan ni, suka ati la! huhu... abes tu ulama yg kata haram tu JUMUD(mundur) la? kepala otak kau yg mundur sebenaqnye...aku berpegang pd pendapat yg kata halal tu tak bermakna aku hina dan tak respect Ulama tu...be open okey! maksud open adalah, menerima pendapat yg lain tanpa menghina pendapat yg selainnya...orait! pnjg plak..oke oke jom!


Jawapan Para Ulama' yg pertama.

hadis ke-6 daripada hadis 40(hadis arbaii'n)
Dari Abu Abdullah An-nu'man bin Basyir r.a katanya:Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:'Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan diantara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang shubhah yang tiada diketahui oleh orang ramai.orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara shubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya.Orang yang tergelincir kedalam perkara shubhah itu akan tergelincir akan masuk kedalam perkara haram.Laksana seorang pengembala dipinggir sebuah tempat larangan,yang akhirnya lalai dan masuk ia kedalam tempat larangan itu.Adapun bagi setipa raja sebuah tempat larangan,dan tempat larangan ALLAH itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya.Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul danging.Andainya iya baik baiklah seluruh jasad itu dan sekirannya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu.Itulah hati"

hadis ke-11 daripada hadis 40
Dari Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abu-Thalib cucu rasulullah s.a.w dan kesanyangnnya r.a yang berkata:" Aku menghafal daripada Rasulullah s.a.w: TINGGALKANLAH APA YANG MERAGUKANMU KEPADA YANG TIADA MERAGUKANMU "

Yang baik itu semuanya dari ALLAH dan yang lemha itu datangnya dari kita sendiri..Allahuaa'lam

Jadi keluar dari syubhat itu lebih bagus.

2.

Jawapan kedua, saya xdapat untuk menjawabnya, sebab saya masih di luar negara. Tapi saya tahu setiap hukum berubah mengikut tempat, zaman dan keadaan.

apakah urufnya bertudung bermain gitar di malaysia?

Jawapan saya senang sahaja. Bertudung bukan menghalalkan lagu dan menghalalkan main gitar.

Ok, saya teruskan dengan hukum main muzik samada bertali ker, bertpuk atau sebagainya.

Golongan Ulamak Pertama

Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

1. Daripada Abdul Rahman bin Ghunm katanya, Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ari telah menceritakan kepada aku bahawa dia telah mendengar Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pasti akan berlaku satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, kain sutera, arak dan alat-alat permainan muzik. (1)

(1) Riwayat al-Bukhari (5590) dalam kitab al-Asyribah, bab orang yang menghalalkan arak dan menamakannya dengan nama yang lain.

2. Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi. (1)

(1) Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.

3. Daripada Nafi’ bahawa Ibnu Umar r.a. telah mendengar suara seruling tukang gembala. Lalu ditutup dua telinganya dengan dua jari telunjuknya dan memalingkan kenderaannya dari jalan seraya berkata: Wahai Nafi’, adakah kau masih mendengarnya?. Aku menjawab: Ya. Maka dia terus menjauhkan diri sehingga aku mengatakan tidak mendengar lagi, baru diangkat tangannya dan mengembalikan kenderaannya ke jalan. Kemudian Ibnu Umar berkata: Saya melihat Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam berbuat demikian sewaktu mendengar seruling tukang gembala. (1).

(1) Riwayat Abu Daud (4914) dalam kitab al-Adab, bab larangan nyanyian dan alat muzik; Ibnu Majah (1901) dalam kitab an-Nikah, bab nyanyian dan ad-duff; Musnad Ahmad (4307) dalam kitab Musnad al-Mukthirin Min as-Sahabah, bab musnad Abdullah bin Umar bin al-Khattab.

4. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengharamkan arak, judi, gendang dan ghubaira’ (1) dan tiap-tiap yang memabukkan adalah haram.(2)

(2) Riwayat Abu Daud (3680) dalam kitab al-Asyribah, bab larangan daripada perkara yang memabukkan.

hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام

Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram.

Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al-Imam al-Baihaqi dalam as-Sunan al- Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al-Bazzar secara marfu’.

Dalam kitab al-Muhazzab oleh al-Imam Abu Ishak as-Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata as-Syirazi:
ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار
Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.

Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwu al-Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..
( Surah Luqman: 6 )

Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwu al-Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.

Al-Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya al- Minhaj dalam Kitab as-Syahadat:

ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج
ومزمار عراقي واستماعها.

Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti tonbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.

Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al-Hanbali dalam al-Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

Hiburan itu tiga keadaan:

i) Haram - iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus, thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

ii) Harus - iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya.

iii) Makruh - iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.

Abdul Rahman al-Jaziri menyebut: Hukum alat muzik yang bertali seperti tonbur, rebab, qanun atau bertiup seperti seruling di sisi ulamak hanafiyyah ialah makruh tahrim.

Berkata al-Imam as-Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rebab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (ad-Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.

Habis tentang golongan ulama pertama.



Golongan Ulamak Yang Kedua

Di sana terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau muzik. Dr. Wahbah menyebut bahawa Imam Malik, az-Zohiriyyah dan sekumpulan ulamak sufi mengharuskan mendengar nyanyian walaupun bersama-sama dengan alat muzik seperti al-‘ud (alat muzik bertali seperti gitar dan seumpamanya) dan lainnya. Inilah pendapat sekumpulan para sahabat seperti Ibnu Umar, Abdullah bin Ja’afar, Abdullah bin az-Zubair, Mu’awiyyah, Amru bin al-‘As dan lain-lain. Begitu juga pendapat sebahagian tabi’ien seperti Said bin al-Musayyab.

Antara ulamak yang mengharuskan muzik juga ialah As-Syeikh Mahmud Syaltut. Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al-Fatawa Dirasah li Musykilat al-Muslim al-Mu’asir fi Hayatihi al-Yaumiyyah wa al ‘Ammah di mana katanya:

“ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.

Selain itu, Dr. Ahmad as-Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa ulamak dalam kitabnya Yas’alunaka ‘an ad-Din wa al-Hayah dalam perkara mendengar muzik dan nyanyian. Daripada perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa beliau berpendapat, fatwa al-‘Allamah as-Syeikh Mahmud Syaltut itu adalah pendapat pertengahan yang adil di antara ulamak yang mengharamkan dan ulamak yang mengharuskan dalam perkara muzik dan nyanyian itu.

Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh ad-Dilalat fi Sama’i al-Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) - bahawa hukum haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan dalam hadis bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti suara burung juga termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulamak telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah dihukum haram. Bahkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada “al-Lahwu”. Menurut beliau “al-Lahwu” ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa sesiapa yang memerhatikan semua hadis yang datang daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam mengenai alat-alat muzik ini, dia akan mendapati larangan-larangan tersebut dikaitkan dengan menyebut ‘ al-Malahi ’ – iaitu perkara-perkara yang melalaikan - dan juga menyebut tentang arak, penyanyi-penyanyi perempuan yang mendedahkan aurat, perkara-perkara keji dan kefasikan bersamanya. Ini bermakna ia dihukum haram dengan sebab perkara-perkara haram tersebut bukannya alat muzik itu sendiri. Hadis-hadis yang tidak menyebutkan perkara-perkara tersebut adalah hadis-hadis Ahad yang tidak boleh dithabitkan hukum dengannya secara qot’ie (putus dan muktamad). Bahkan hadis-hadis yang bersifat mutlak (umum) ini, dikhususkan oleh hadis-hadis yang menyebut tentang perkara-perkara haram yang mengiringi permainan muzik. Dengan itu, maka hadis-hadis yang menyebut tentang pengharaman alat-alat muzik hendaklah dilihat dalam konteks bahawa ianya disertai dengan perkara-perkara haram dan boleh menyebabkan kelalaian kerana di sana terdapat hadis yang melarang bermain muzik dikaitkan dengan perkara tersebut.

Beliau juga mensyaratkan tujuan dan niat yang baik walaupun tidak disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan ketika bermain muzik dan mendengar nyanyian yang diharuskan. Niat memainkan peranan. Sekiranya dia mempunyai niat atau cita-cita yang tidak baik melalui alat muzik yang dimainkan serta nyanyian harus yang didengarinya seperti bercita-cita atau berkhayal meminum arak, berfoya-berfoya dan berseronok dengan perempuan ketika bermain muzik dan mendengar lagu itu atau dia mahu kalau boleh perkara tersebut ada dalam majlis tersebut, maka hukumnya adalah haram juga. Peranan niat yang membawa kesan kepada hukum harus dan haram ini samalah seperti peranan niat ketika membaca al-Quran bagi mereka yang berada dalam keadaan berhadas besar. Jika dia berniat membaca al-Quran maka hukumnya adalah haram dan jika berniat zikir maka hukumnya adalah harus. Begitu juga seseorang yang minum air teh dengan niat minum arak dan juga seorang suami yang bersetubuh dengan isteri dalam keadaan dia niat menggauli atau menggambarkan isterinya itu adalah perempuan tertentu yang bukan isterinya maka kedua keadaan tersebut, hukumnya adalah haram.

Pendapat Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi ini turut dipersetujui oleh al Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa sebagaimana tersebut dalam kitabnya Fatawa Mustofa az-Zarqa. Bahkan beliau turut memperakui bahawa kitab karangan Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi tersebut adalah sebagai rujukan terbaik dalam mengetahui hukum yang berkait dengan masalah alat-alat muzik. Dalam kitab Fatawanya juga, al-Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa telah menukilkan pandangan al-‘Allamah Ibnu ‘Abidin r.a. dalam Hasyiahnya, syarah kepada kitab Raddu al-Mukhtar di mana nas kata-katanya ialah:

“Aku berpendapat: Ini semua memberi maksud bahawa alat-alat muzik itu bukanlah haram kerana alat muzik itu sendiri, tetapi ia di sebabkan al-lahwu (iaitu disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan daripada menunaikan tanggunggjawab dan kewajipan kepada Allah). Hukum ini sama sahaja sama ada orang yang mendengarnya atau bermain menggunakannya ”. Beliau seterusnya menegaskan “ Apakah kamu tidak lihat bahawa hukum bermain alat muzik itu, kadang-kadang harus dan kadang-kadang dihukum haram. Ini semua adalah disebabkan perbezaan niat dan tujuan mendengarnya. Dan sesungguhnya setiap perkara itu adalah berdasarkan kepada tujuan dan niatnya ”.

Di antara ulamak mutakhir di zaman kita ini yang sependapat dengan golongan ulamak yang kedua ini ialah as-Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhowi sebagaimana dijelaskan dan dihuraikan dengan pangjang lebar dalam kitabnya Malamih al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nansyuduhu - ( Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan) - dan juga al Halal wa al-Haram fi al-Islam - ( Halal dan haram dalam Islam ). Dalam huraian tersebut beliau telah menolak hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alat-alat muzik dengan menyatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai alat-alat muzik adalah dipertikaikan kesahihannya.


Sekalipun hadis ke 1 (lihat hadis-hadis yang menjadi hujjah kepada golongan yang mengharamkan alat-alat muzik di atas) di sebutkan dalam kitab Sahih al-Bukhari tetapi ia termasuk dalam kategori “ al- Mu’allaqat” bukan termasuk dalam kategori hadis yang sanadnya bersambung. Pada sanadnya terdapat seorang perawi Hisyam bin Ibn ‘Ammar yang dipersoalkan oleh sebahagian ahli hadis. Abu Daud berkata tentangnya: Beliau meriwayatkan empat ratus hadis yang tidak mempunyai sebarang sandaran. Imam Ahmad berkata: Dia tidak teliti dan lemah akal. Al-Hafiz az-Zahabi pernah berkata mengenainya: Beliau jujur dan banyak riwayat, namun ada perkara yang tidak disenangi tentangnya. Selain daripada dipertikaikan kesahihannya, pendalilannya juga dipertikaikan. Ini kerana perkataan al-ma’azif sebagaimana dalam hadis tersebut belum ada persepakatan tentang maknanya secara tepat. Menurut sebahagian orang ia bermaksud “ permainan-permainan ”. Ini sangat umum. Ada juga yang mengatakan ia bermakna “ alat-alat muzik ”.

Selain itu, hadis itu juga tidak mempunyai makna yang jelas tentang pengharamannya kerana ungkapan ( يستحلون –yang diterjemahkan dengan makna mereka menghalalkan ) dalam hadis itu mempunyai dua makna sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn al-‘Arabi. Makna pertama ialah dengan makna hakiki bukan majazi iaitu mereka beriktikad bahawa perkara tersebut adalah halal. Makna kedua: ia adalah kiasan (majaz) yang bermaksud bermudah-mudah menggunakan perkara tersebut. Beliau juga telah menegaskan bahawa hadis ini adalah menjelaskan tentang perilaku sekelompok manusia yang tenggelam dalam kemewahan, kefoyaan dan arak. Mereka dikelilingi oleh arak dan wanita, permainan dan nyanyian serta zina dan sutera. Oleh itu kita dapati Ibn Majah meriwayatkan hadis ini dari Abu Malik al Asy’ari dengan lafaz yang bermaksud:

“ Akan ada di kalangan umatKu yang akan meminum arak yang dinamakan dengan nama lain. Kepala-kepala mereka dipenuhi dengan alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan memasukkan mereka ke dalam tanah dan akan menggantikan rupa mereka dengan rupa kera dan babi ”.

Perkara yang sama juga telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya dan al-Bukhari dalam kitab Tarikhnya. Setiap mereka yang meriwayatkan hadis ini bukan melalui Hisyam Ibn ‘Ammar meletakkan ancaman itu ke atas orang yang meminum arak dan bukannya pada alat-alat muzik tersebut. Alat-alat muzik tersebut hanya dijadikan sebagai penyempurna dan yang mengikuti mereka.

sumber: halaqah.net


Written by

1 comment:

  1. assalamualaikum wbt.. selamat menghayati bulan ramadhan al mubarak.. sy nk minta pndapat serta pnjelasan yg detail tentang; apakah hukumnya kalau main guitar/instrument music di dlm bulan ramadhan???..

    ReplyDelete

Terima Kaseh Untuk Respon & Komen

Ana Hamster Periang

There was an error in this gadget