hanyapadailahi on FB

Jika cinta kpd manusia menjauhkn kita dr Allah, maka cinta itu adalah palsu..[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]:::Sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara"

"awaklah pilihan nafsu saya"


Sejenak merenung kisah cinta muda-mudi di zaman ini, disaat jariku melukis kata-kata menyelusuri isi hati yg kian lama mengigil kebimbangan dek takutnya iman dihati berlalu pergi ..

Iman itu pintu syurga Taqwa itu kunci ..



Iman tanpa Taqwa umpama pintu yang hilang kuncinya ..tidak sempurna kehidupan seseorang muslim itu jika tiada taqwa dalam dirinya..kita kan dah beriman?! cukuplah tu utk ke syurga!Tidak! Tidak sama sekali ..jika kamu beriman, kamu perlu mencari taqwa sebagai pelengkap iman kamu itu, kerna iman itu hanyalah pintu syurga, manakala taqwa itu adalah kunci untuk membuka pintu itu ..

Berbalik kepada kisah cinta muda-mudi zaman sekarang,
bibir selalu manis mengukir kata-kata, "cinta sebelum nikah adalah permulaan untuk membina keindahan di alam rumahtangga nanti" ...di manakah relevannya kata-kata ini?
huh, sangat mengarut ..

Istilah cinta sebelum kahwin

Dalam Islam, tiada istilah bercinta sebelum kahwin ..yg ada hanya taaruf, khitbah dan kahwin ..taaruf tu pun bertempoh ..ada masanya juga dan ada batasannya juga ..bukan 27 JAM bergayut!
yang bergayut 27 JAM tu bukan bertaaruf namanya, itu bernafsu! tak kira lah ber "ana, enta,enti pun..tak kira lah ber awak saya, ber you and i dan bahkan yg lebih teruk lagi, belum ada apa-apa hubungan yg sah pun dah ber abang sayang! ni pun satu hal ...baik yg lelaki atau yang perempuan, sama gatal nk ber abang sayang sebelum kahwin ..dapat dosa free seeeetiap kali berbahasa begitu dan setiap hari jika hubungan yang macam tu..

Dosa ke panggil "abang dan sayang?"


Panggilan manja sebegitu adalah harus, juga sunnah dan sunat untuk suami isteri yang sah sahaja... Jika buat, dapat dua pahala, pahala sunat dapat dan pahala sunnah pun dapat ..wah! indahnya ISLAM! tapi kita yg mencemarkan keindahan itu dgn suka hati bermanja-manja dengan kekasih haram dengan berpanggilan sebegitu ...yang lebih dahsyat sampai mengalir air mazi dek suara dan kata-kata manja yang ditaburkan! astaghfirullah....

Berkatnya Perkahwinan

Asal berkatnya perkahwinan sesebuah rumahtangga itu adalah bukan bermula pada hari aqad nikah, tetapi bermula pada pertama kali kita berhubung dengan bakal teman hidup kita tu ..hah tu dia!
ni kalo sebelum kahwin lagi duk bemanja-manja duk bergelak ketawa, bergurau senda, ape lagi yang tinggal untuk dibawa ke alam rumahtangga?
bibir selalu manis berkata-kata "semoga Allah berkati hubungan kita" .."semoa Allah kekalkan kasih sayang kita sampai syurga". semua itu DUSTA!
sebenarnya awaklah pilihan nafsu gersang saya, bukan pilihan nafsu yg subur dan basah dengan keimanan dihati manusia...
mana mungkin Allah nk berkati hubungan yg penuh dengan kemaksiatan itu? Allah sikit pun tak pandang golongan ini..golongan yang menggunakan agama sebagai ayat-ayat cinta mereka..
masyaAllah..minta Allah lindungi kita semua dari segala kemaksiatan yg dirasakan bukan maksiat itu ..
Cinta itu sebenarnya suci, sesuci titisan embun pagi..tetapi ia akan jadi kotor dek kerna manusia yang kecundang bila diuji dan cinta itu juga akan berubah menjadi lebih hina jika manusia itu membiarkan hawa nafsu menguasai diri ..Mulianya manusia itu kerana berjaya menekan nafsu, jika nafsu menguasai diri maka timbullah kehinaan yang abadi..
Hebatnya para nabi adalah dapat melepasi ujian yang diberi ilahi..semakin dahsyat ujian, semakin meningkat keimanan dihati mereka...dan itu jugalah sunnah para pencinta ilahi ..para wali dan para sufi ...



Zina Hati itu Ada


petikan daripada kata-kata akhi rushdi:
Wlpn kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, wlpn mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat, Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.



Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim: "..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat2: 

"Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata2 indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin." 

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.


Abdullah Sobri Lokhman,
Bayt Sunan Sittah, Matam Syuruq,
University Mu'tah, Jordan
26 Jan 2012: 11:14 PM





Written by

3 comments:

  1. astaghfirullah!! mujahadah menhifz qalbiy.. ='(
    mohon share..

    ReplyDelete
  2. best la entry ni.. asal pendek sangat..? ada part two x..?

    ReplyDelete
  3. sayap pejuang: silakan share...tq =)
    Musafir Mencari Diri: pendek sbb xdok modal, ngatuk baru kelik jaulah..tq

    ReplyDelete

Terima Kaseh Untuk Respon & Komen

Ana Hamster Periang

There was an error in this gadget