Ummi! isteri yg mcm ni la saya nak! ^^update

Gambar Hiasan
Pertunangan itu secara mudahnya adalah LAMARAN seorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dijadikan isterinya. sebagai contoh:

Farid: Saya sudah membuat keputusan dan berfikir masak-masak, saya mahu melamar awak untuk dijadikan isteri saya serta ibu kepada anak-anak saya nanti..


Fatimah: Saya terima dengan hati yang terbuka dan semoga Allah permudahkan urusan kita..

Tetapi perlu diperhatikan juga beberapa perkara: Antaranya , wanita tersebut perlulah seorang yang sudah MATANG dan BERKELAYAKAN untuk membuat keputusan.. jika masih dirasuk jiwa remaja dan angin cinta entah dari mana, maka jawapan dari si wanita atau si gadis dianggap TIDAK LAYAK.. maka sebaiknya, MELAMARLAH terus kepada bapa atau ahli keluarga si wanita tersebut, jika benar-benar IKHLAS dan SERIUS..

Apabila lamaran diterima, maka mereka berdua dianggap SAH menjadi tunangan masing-masing, samada diketahui orang ataupun tidak dan si lelaki atau wanita tidak boleh dipinang lagi oleh orang lain selagi mana ikatan pertunangan itu masih berlangsung.. ini kerana ia merupakan ‘PERJANJIAN’, maka ia perlu DIJAGA sebagai SATU AMANAH dan TIDAK BOLEH DIKHIANATI..kerana itu Nabi s.a.w MENGHARAMKAN pinangan atas pinangan.. ♥

p/s: Ini gambar hiasan sahaja, orang kahwin, bukan tunang.. satu dah jalan, ada 7 lagi single.. :P

abis muqaddimah ats tu ni baru nk sambung balik biaq berkaitan dgn tajuk ..hehe..

Redha Allah terletak pd redha Ummi Ayah [Tips Rumahtangga Berkat]


Sedalam mana pun cinta dara kepada teruna dan cinta teruna kepada dara ..keBERKATan takkan hadir walaupun setitis tanpa redha dan restu ummi dan ayah kita  ...



 Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]
Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.
Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah. Maksud saya, jangan melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:
Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.[2]


so, untuk yang nak kawen ...sebelum meluahkan hasrat hati kpd seseorang yang kita berkenan tu, tanya pendapat ummi dgn ayah dulu...jgn luah tak melulu gitu..kenapa? sbb bila dh awal-awal lagi luah, awal-awal lagi duk i love you itu ini...duk berjanji nak rentas lautan (wlpn xreti berenang) akhirnya.......bila sampai pd Ummi dgn Ayah, menyatakan hasrat hati utk berkahwin dgn dia..tup tup! Ummi ayah jwb: "cari la org lain....yg lebih sesuai dgn kakak..ummi tak berkenan la dgn beliau tu ...kenapa Ummi?! ape yg ummi tak berkenan dgn beliau?!
Ummi: (dlm tak tergamak nk cakap) emm bukan ape ..cuma ummi tak selesa dan tak bekenan dgn cara dia ...
kakak: "tapi ummi..." lidah kelu sedih kecewa tak terkata..sambil terkenang kenangan masa mula-mula berkenalan dan saat ketika cinta mula mengembang....
 
Berkat itu Tiket ke Syurga

Beza Muslim dgn Non Muslim di dunia ni ialah keberkatan ...
kalau mahligai rumahtangga  kita terbina tanpa berkat dariNya..apa lagi beza kita dan mereka (non muslim)??
mereka dapat oksigen kita dapat oksigen, makan nasi sama kenyang, tidur sama-sama pejam mata, anggota tubuh sama-sama ada...beza dia dgn kita ialah berkat dgn tak berkat ...
kenapa perlu berkat? kerna berkat adalah tiket untuk ke syurga Allah ..

 
Syurga itu di bawah tapak kaki Ummi

Renung sejenak, adakah kita masih nk teruskan hasrat hati kita itu atau pun nk tunduk dan patuh pd restu dan berkat Ummi dgn Ayah?
Kemanisan dunia hanya sementara..barangsiapa yg terpesona dgn manis dunia yang sementara, maka dia tidak akan mendapat kemanisan yg kekal selama-lamanya di syurga ...
Sabar itu lebih baik ....sabar ni bukan sahaja time menahan kemarahan ..tapi, dalam beribadah dalam berjuang melawan nafsu juga sabar itu amat diperlukan...sabarlah ...bahagia itu akan muncul bila kita menggapai ketenangan yang hakiki ....ubat utk ketenangan hati ialah redha dengan ketentuan ilahi ..

Lupakan dia sebagai kekasihmu, ingat dia sebagai sahabat yg pernah menceriakan harimu



ahh..ingat senang ke nk lupakan org yg kita sayang?! ni bukan folder komputer ni nk delete gitu je..huh!
ketahuilah sayangku ..setiap kepahitan itu ada manisnya..sedangkan susu yang putih bersih itu boleh terhasil diantara kotoran najis dan darah ...

tinggalkan dia kerana Allah ....jika kamu betul2 dan sangat menyintainya tinggalkan la dia..buktikan keihklasan kamu menyintainya
Cinta yang ikhlas tidak akan mengharapkan apa-apa balasan ...sama juga dgn ibadah sedeqah ..jika ikhlas, kita tak mengharap apa2 balasan dari makhluk ..hanya tinggal yakin pd Allah..Allah lah yg akan beri ganjarannya nanti..
begitu juga cinta, Cinta yg bernilai ibadah ialah cinta yang ikhlas jer ...cinta yg tak ikhlas adalah cinta murahan bahkan tiada harga ...


Penerimaan Keluarga, dh kalo ummi dgn ayah mmg tak restu ..
Sanggup ke kita nk tgk dan nak harungi hari-hari yg penuh dgn kegelisahan dan tidak tenang dek kerana sikap keluarga terhadap dia? dh mmg seluruh adik beradik tak suka dia, ummi dgn ayah tak berkenan dgn dia ..segalanya akan jadi lain ..cuba bayangkan, bagaimana hati seorang yg disisih dan tidak disukai oleh org sekeliling? kalo tak sanggup, kalo sayang..tinggalkanla dia ..biarkan dia mencari bahagia sendiri ..jika kita sayangkan seseorang, kita takkan biarkan derita menjemputnya, apatah lagi dia  derita tu sbb kita ...apa erti cinta kita pd dia??


Akhir kata, pesanan untuk diriku dan kalian smua sahabt dlm keimanan ..
Tinggalkan dia kerana Allah ..demi cinta kita pd ummi dan ayah, yg selama ni menjaga, mengasuh, mendidik kita, membesarkan kita, membelai kita, menunaikan keperluan kita ..tergamakkah kamu mengabaikan Ummi dan ayah kamu demi cinta sang lelaki yg kamu baru beberapa bulan kenal?! bahkan 5 tahun sekalipun kamu kenal si lelaki itu, tergamakkah kamu meninggalkan kasih dan cinta Ummi dan ayah kamu selama ini, yg membesarkan kamu..Tak terbalas jasa mereka ...mereka ingin yang terbaik dan segalanya terbaik untuk kamu..janganla kerana sbb cinta kamu itu, segalanya kamu lupa dan menganggap Ummi dan Ayahmu tak pernah wujud dalam hidupmu ..
Redha Allah tu terletak pada redha kedua Ummi ayah ..kejarlah redha Allah, daripada kamu menagih cinta manusia yang tak kekal, yang sementara! sabarlah..please...jgn sbb dia, kamu derhaka pd Bonda! anak derhaka tak cium bau syurga ...nauzubillah ...



Abdullah Sobri Lokhman,
Bayt Sunan Sittah, Matam Syuruq,
University Mu'tah, Jordan

06 Feb 2012: 09:20 PM

5 comments:

  1. tajuk lain, catatan entry lain...

    ReplyDelete
  2. tak dop lagi org puan jawab lamaran gitu.. memang unik la "fatimah" yg disebut dalam entry ni..

    ReplyDelete
  3. sapo kata takdok? org puan ni mcm2 ado...=)

    ReplyDelete
  4. nice entry.. syukran akhi..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg mnjentik rasa.. truskn perjuangan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.