Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, March 22, 2012

Kelantan Miskin

Kelantan Miskin
Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan
berkumandang,
Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air
bertudung ayu,

... Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak
di Maahad Tahfiz Sains,
Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian
Islam Ar-Rahnu menolak riba,

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula
berkuatkuasa,
Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari
menuntut ilmu agama,

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari
40 ke 60 hari,
Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong utk
Tabung Serambi Mekah,

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata
kpd pemimpin dihentikan,
Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pd bulan
Ramadhan dipendekkan,

Di negeri miskin itulah,
Iddah diberikan khusus kpd
kakitangan wanita yg kematian
suami,
Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan
pawagam dan tempat hiburan,

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat
ditayangkan,
Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di
sepanjang jalan,

Di negeri miskin itulah,
Ramai org mula
mengenal tuhan,
Di negeri miskin itulah lahirnya
tokoh2 terkenal,~

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates