Kecantikan luaran itu senipis kulit..

Kecantikan luaran itu senipis kulit..

Ya..kita semua sama cantik..buang kulit kita yg nipis ini..beginilah rupa kita semua..sama sahaja..
Rasa cantik? Kerana apa? Kulit awak putih? Hidung awk mancung? Mata awk buntang? Bibir awk mungil?
Hee..kita semua sama shj di bawah lapisan kulit itu wahai sahabat..

Yang mbuat kita sebenar-benarnya cantik adalah hati kita..
Ya hati, hati yg ikhlas akan mencantikkan tuannya..
Dan hati yg busuk mburukkan tuannya..

Pengalaman diri ini melihat banyak sekali manusia yg ego.. Maaf itu bukan sesuatu yg biasa di bibir.. Terima kasih jarang sekali diungkap.. Ya,terima kasih adalah tanda penghargaan,kesyukuran kita pd org lain..

Dan kata-kata yg angkuh,ego dan sombong tidak mbawa kebaikan, malah meburukkan suasana..
Ya,mungkin anda mbenci orang yg tersalah sangka pd anda.. Tetapi seandainya dia cuba menjelaskan keadaan dan meminta maaf, maka bersegeralah mendengar dan cubalah memahami orang lain.
Sesungguhnya, setiap orang tidak sama, situasi, kesabaran, pemahaman, kekuatan, kepandaian dll..
Namun,cubalah memahami orang lain.

Seandainya kecewa,luahkan dgn cara yg baik. Seeloknya setelah agak reda. Kerana di ketika itu mungkin keadaan sebenar akan lebih jelas sebelum mula menyalahkan orang.

Belajar menghormati orang lain. Walaupun di kala anda kecewa, marah dan sedih.
Cari, cari sebab utk mhormati org lain. Dia lebih tua,dia patut difahami. Atau mungkin dia lebih muda, dia belum cukup matang, belum faham. Atau, dia telah banyak bersabar dgn ku, mungkin sampai masa utk aku pula bersabar..

Ya.,hati yg cantik,akan menjadikan kita cantik.
Ya,mungkin tidak cantik di pandangan manusia, tetapi cantik disisi Allah, ini pasti.

Rasulullah saw bpesan :
"Carilah 70 sebab sebelum kita menyalahkan orang lain, sebelum memarahi orang lain.."
Sedangkan dengan hanya satu sebab,kita sudah boleh menghukum orang lain, tanpa cuba memahami kesukaran & kesulitan yg dialaminya.

Ya, cantik yg anda nampak pd manusia itu cuma senipis kulit. Yang mencantikkan kita sebenarnya adalah hati.

Jadi, andai ada salah silap saya, akhlak yg buruk, sangkaan yg tak elok, saya mohon kemaafan dari semua. MAAFKAN SAYA.

Salam jumaat buat semua.

1 comment:

Powered by Blogger.