Menerima Seadanya

 Assalamualaikum, semalam saya menulis tentang kenapa Islam menyuruh kita mencari pasangan hidup yg sekufu. Malam tadi saya mendapat satu mesej yang hampir membuat saya menitiskan air mata. Seorang gadis berumur 20an merancang utk bertunang dengan lelaki pilihannya pada 31 Ogos 2012 lepas. Hanya beberapa hari saja lagi mereka akan melangkah ke alam pertunangan, satu langkah sebelum memasuki gerbang perkahwinan.

Malang tidak berbau, bakal tunangnya terlibat di dalam kemalangan, tangannya dipotong dan kemungkinan lelaki ini akan lumpuh seumur hidup. Gadis ini memberitahu saya, "madam fauziah, sejujurnya saya sanggup untuk meneruskan pertunangan dan pernikahan kami walaupun saya mungkin terpaksa menjaga dia seumur hidup saya. Tapi emak saya tidak merestuinya dan seperti mahu membatalkan niat kami utk bertunang. Mohon Madam berikan sedikit pendapat."

Allahu Rabbi, itulah hati wanita dan mungkin juga hati seorang lelaki yang benar2 mencintai bakal pasangan hidupnya. Sanggup utk menerima seadanya walaupun bakal suami mungkin lumpuh seumur hidup. Saya tersepit di antara keinginan seorang gadis utk membuktikan cinta sucinya dan di antara kasih seorang seorang ibu. Ketahuilah anak2ku, adik2ku dan sahabat2ku..apabila seorang ibu atau ayah, atau mungkin abg dan kakak kita melarang kita berbuat sesuatu...niat mereka hanyalah satu. Mereka tidak mahu melihat kita susah atau menderita di kemudian hari. Tidak ada ibubapa yang beriman dan berakal waras mahu melihat anak2nya atau cucu2nya derita. Mereka mahu melihat kebahagiaan anak2 mereka.

Akhirnya saya hanya mampu menasihati gadis ini, "tangguhkan dulu niat utk bertunang. tapi jangan putuskan hubungan dengan bakal tunang dan keluarga dia. berikan semangat utk mereka terus berjuang. berjuang utk sembuh dan berjuang utk menerusksn kehidupan. Dalam masa yang sama, banyak2kan berdoa agar Allah menunjukkan jalan yang harus dipilih. Satu keyakinan saya, jika lelaki itu benar2 menyayangi kamu, dia akan meminta kamu bernikah dengan insan lain. Kenapa? Orang yang menyintai kekasih hatinya tidak akan sesekali menyusahkan hidup insan yang dikasihinya., tidak akan sesekali memusnahkan masa depan insan yg dicintainya. Bahkan dia akan terus berdoa agar tunangannya bahagia bersama insan lain. Yakinlah anakku,..cinta tidak semestinya bersatu. Yakinlahlah setiap yang diatur oleh Allah untuk kita adalah yang terbaik untuk kita."

Jangan dipertikaikan kenapa Allah menguji kita seberat ini, kerana Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menghadapi ujian tersebut. Selalulah yakin, barangsiapa yang menggembirakan hati orang lain, Allah pasti akan menggembirakan hatinya di akhirat nanti. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada anak gadis ini, kepada keluarganya, kepada bakal tunangannya yang kini terlantar di hospital dan juga kepada keluarga lelaki ini. Allahu Rabbi..selagi nafas masih dihela, kita tidak akan pernah sunyi dari diuiji.

"Ya Allah, aku redha Engkau sebagai TUHANku, aku redha Islam itu agamaku, aku redha nabi Muhammad itu Rasul dan Nabiku.'

sumber: Madam Fauziah

No comments

Powered by Blogger.