"wanita seperti cermin"


‎~ المَرأة كلمِرأة ~

"wanita seperti cermin"

wanita adalah satu ciptaan allah yang amat cantik dari segi binaan jisimnya.

pada wanita itu terletak penuh dengan kehalusan dan kesenian dalam tutur bicara,perwatakan,gerak geri dan hasil kerja nya

ulama' lughah (bahasa) membuat perbandingan antara wanita sama seperti dengan cermin dalam takwilan bahasa mengatakan bahawasanya "cermin adalah tempat orang suka melihat akan nya,sama juga dengan wanita, setiap gerak geri mereka diperhatikan mahupun yang dah berkahwin atau yang belum"

wahai wanitaku!! gerak gerimu diperhatikan oleh manusia disekeliling kamu.
kamu contoh bagi anak-anakmu, kamu penenang hati bila si suami melihat akan senyum tawamu bila hatinya diundang keresahan,kamu permata bernilai bagi orang tuamu, penjaga mahligai bagi si suami yang bergelar raja dalam hidupmu

wahai wanitaku!!jadilah kamu seperti cermin yang tidak retak supaya orang akan bahagia melihatmu dan jangan kamu jadi cermin yang pecah kerana orang akan melihat dan meyentuhmu akan terluka. jagalah kamu akan dirimu supaya bila kaum kerabat dan orang sekeliling kamu melihatmu sejuk mata memandang seperti mana selalu kamu menyebut dalam doa

"ربنا هب لنا من أزواجنا و ذرياتنا قرة أعين و اجعلنا للمتقين إماما"

.....اللهم آمين....

1 comment:

Powered by Blogger.