hanyapadailahi on FB

Jika cinta kpd manusia menjauhkn kita dr Allah, maka cinta itu adalah palsu..[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]:::Sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara"

"KENAPA BUKAN DARI TEKO SAHAJA?"


Seorang anak muda mengadap seorang ulama tua di rumah ulama tersebut dengan niat untuk muzakarah isu yang lama bermain difikiran dia. Lalu jadi perbualan ;

Anak Muda : Tuan guru , saya ada soalan yang dah lama saya nak ingin di tanya .
Ulama : Silakan . (sambil senyum manis menjadi pakej wajib diwajahnya)

Anak Muda : Begini , kenapa kita perlu ikut ulama, maksud saya kenapa setiap kali cakap , disebutkan ; "Telah berkata Imam as-Syafie , telah berkata Imam Ramli , telah berkata imam Fakrurazi , telah berkata imam al-Bukhari ... Kenapa tidak disandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah terus, itukan sepatutnya. Kan indah , kalau kita dengar begini ucapan ; telah berfirman Allah, telah bersabda Rasulullah , sekian...sekian...sekian... Begitu kan indah , terus disandar kepada sumber besar.

Ulama : Sebelum saya menjawab , dijemput minum dulu , 3 perkara yang perlu disegerakn ; tetamu (layanan-makan & minum) , lamaran (kahwin) dan mati (pengurusan jenazah &pengebumian)...

Lalu dihidangkan air teh bertantang talam berteman teko.
Anak muda tersebut menuangkan air tesebut ke dalam cawan . Lalu ulama tersebut menegur anak muda tersebut

Ulama : Kejap. Kejap..Kenapa tidak minum ja dari teko ? Kan bagus minum dari teko ? Kenapa masih nak guna cawan ?

Anak muda : Eh , mana boleh tuan guru , susah minum dari teko , teko tu banyak air , tuang dalam cawan kan mudah untuk minum..lagipun kurang beradab kan..

Ulama : Begitu juga dengan persoalan kamu tadi , ulama itu rahmat dari Allah Taala untuk memudahkan urusan umat.. Susah umat untuk memahami al-Quran dan sunnah begitu sahaja tanpa bimbingan ulama..sbb itu kita perlu banyak mengkaji dan menaqalkan kalam ulama dahulu, baru pemahaman tidak serong..Umat cuma perlu ikut ja apa yang ulama sudah susun..selebihnya serah pd Allah S.W.T..

Harap faham ya teman2 Fb..

(Kredit to : Mohd Amin Suhaimi)

*p/s: perlu belajar & bijak dlm menyampaikan dakwah..


Written by

1 comment:

Terima Kaseh Untuk Respon & Komen

Ana Hamster Periang

There was an error in this gadget