Jika hatimu merinduiku






Jika hatimu merinduiku,maka didiklah hatimu agar merindui akan alunan ayat-ayatAllah SWT..

Jika hatimu sentiasa mengingatiku,maka didiklah hatimu agar sentiasa mengingati akan peringatan-peringatan dari Allah SWT dan Rasulmu..

Dan jika engkau benar-benar mengasihi,menyintai dan menyayangi diriku ini,maka aku memohon agar kau letakkan cinta kepadaku itu pada tingkatan cinta yang paling bawah,agar cintamu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW terus teguh berada di tingkat yang paling atas pada tingkatan cinta hatimu itu..

Sesungguhnya aku amat kasih kepadamu,lantaran itu aku mahukan yang terbaik untukmu..Biarlah syariat yang mengadili cinta kita,agar tidak menuju kepada kemarahan sang pencipta sekalian alam ini..

Ketahuilah bahawa cinta insan yang paling setia dan benar adalah cinta selepas nikah iaitu cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami.Ingatlah tiada cinta yang halal sebelum nikah melainkah hanya dengan terjadinya akad.Salurlah cintamu pada landasan yang betul wahai sahabatku.InsyaAllah.

Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah..Hanya Dia yang berhak menentukannya..Ingatlah cinta Allah itu yang hakiki..Semoga kita beroleh cinta itu insyaAllah..Ikutlah kata imanmu,,pasti kebenaran yang engkau dapat..agar kemanisan itu milik kita sebagai seorang pejuang..AllahuAkbar!!!

No comments

Powered by Blogger.