hanyapadailahi on FB

Jika cinta kpd manusia menjauhkn kita dr Allah, maka cinta itu adalah palsu..[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]:::Sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara"

~ 5 syarat nak buat maksiat..


Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar
bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar permintaan tersebut
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu
melaksanaka nnya, maka boleh kamu
melakukan maksiat." Lelaki itu dengan
tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah
syarat syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrah im bin Adham berkata, "Syarat
pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya!"
Mende ngar itu dia mengangkat kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah?” "Ya!"tegas Ibrahim
bin Adham. "Kalau kamu sudah
memahaminya , masih mampukah memakan
rezekinya , sedangkan kamu selalu
berkeingin an melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim,"kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut
setengah mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya ,"Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apak ah kamu layak memakan rezeki-Nya dan
tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar."kata lelaki itu. Dia
kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab,"Kalau kamu masih mahu
bermaksiat, carilah tempat tersembunyi
yang tidak dapat terlihat olehNya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat
macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu masih berkeinginan melakukan
maksiat ?"kata Ibrahim. Lelaki itu
mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibra him melanjutkan,"Kalau malaikat maut
datang hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepada nya,'Ketepikan kematianku dulu.
Aku masih mahu bertaubat dan melakukan
amal soleh'." Kemudian lelaki itu
menggelengkan kepala dan segera
tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin
malaikat maut akan memenuhi permintaanku."
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda
dan mengundurkan datangnya kematianmu,
lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"

"Baik lah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab,"Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringm u ke api neraka di hari kiamat
nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf. Dia berkata,"Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia
tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim . Air matanya
bercucura n. "Mulai saat ini aku
bertaubat kepada Allah."katanya sambil
teresak-es ak.

Written by

0 comments:

Terima Kaseh Untuk Respon & Komen

Ana Hamster Periang

There was an error in this gadget