Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan
harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa,
peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta
pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta
yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.
Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana
dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan
kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu
mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing
pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan
takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara
berikut:
1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh
sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau
berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri
yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana
mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain
tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang
ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau
menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh
menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan
hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku
mereka.
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah
faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu
bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung
sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan
peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab
peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta .
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan
diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu
dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan
mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang
yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup
sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta,
rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan
akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu
tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan
percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.
Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar
ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan
dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman,
berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di
dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta
terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang
dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan
perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan
syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan
kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
prinsip dlm mencintai makhluk, yg sy pgang dr dlu smpai kini..
jka cinta kpd manusia menjauhkan kta dr Allah, maka cinta itu adalah palsu.. (ust hasrizal) bla kata cinta, psti hndak bersama ke SyurgaNya, apa2 yg membawa ke Neraka, itu bukan namanya cinta! (hilal asyraf) bknlah kau menghendaki redha Allah utk mendapatkn org yg kau cinta, tp kau berusaha mndapatkan org yg kau cinta semata2 utk redha Allah s.w.t.. (hilal asyraf) maka, bla Allah tak izinkan kau dgn org yg kau cinta, apakah itu mnjadi mslh bgmu??? TAK! sebab redha Allah itu yg utama.. salam muhasabah.. moga Allah redha..
Ekonomi: Antara Samarata & Adil
-
Oleh:
Abu Mujahid
Solleh Razak
[ Ekonomi: Antara Samarata & Adil ]
*Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouti rhm.* membincangkan hal ini dengan
kenyataan berik...
RUMAHKU SYURGAKU
-
Bicara Santai Selain Politik. 01
25 Rabiul Awwal 1439 / 15 Dec 2017
*RUMAHKU SYURGAKU*
Oleh : Pendekar Sakti
1. Sebahagian masalah hidup ialah serabut ata...
Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
-
Salam wbt.
Saye dah lama tak buat komik panjang. Jadi saya tengah berusaha
memanjangkan komik yang satu ni. Di samping tu, saya cube asah balik skil
meluk...
PALESTIN, Peringatan Berterusan kepada Ummat
-
*Palestin,*
*Siapakah pemilik nama ini?*
*Aku telah mendengarnya sejak kecil,*
*Pada waktu ia sudah berdarah,*
*Dan hari ini,*
*Darahnya terus mengalir.*
...
Seni Menegur
-
Dalam keterujaan melakukan perkara baik usah lupa perihal ADAB yang perlu
dipelihara.
Contoh 1 : Teguran yang mahu diucapkan terhadap seseorang mestilah di...
MY MOOD'S NOTE
-
Choose your mood now! ^_^ big head onion on da house! enjoy! ^_^
choose your mood > copy code widget > paste it on your html > type your
text > save
Jasa promosi
-
Jasa promosi call for pin bb | kasih kasih selamat datang greet di website
sederhana kami yang menawarkan jasa tambah kontak bbm get in touch with bbm
den...
blog oh blog...
-
semalam puan pelangi ada tanya..aku tak hapdet blog ke sekarang ni ha???aku
bagi jawapan simple je..hentah la..aku rasa macam takdak story sangat untuk
aku...
~Tips memilih bridal~
-
Assalamualaikum.
Aku xde lar survey banyak bridal, tapi untuk pengalaman yang lepas-lepas,
aku ada sedikit pengalaman yang patut kongsi serba sedikit denga...
budak malas update blog!!!
-
ok memang malas pon nak update blog.watpe bukan orang bace pon kan??
isk..isk..isk
sape la kita ni?
bukannye retis pon ada orang nak follow and review blog ...
Doa orang yang Taubat
-
Abu Hamzah Ats-tsumani meriwayatkan dari Imam Sajjad bahawa pada suatu hari
seorang lelaki serta isterinya naik kapal menuju tanah airnya.Malangnya
diteng...
self-concept...
-
بسم الله الرحمن الرحيم
“What is self-concept of Self-esteem?”
“Setahu saya self –esteem tu berkaitan dengan sejauh mane kite percayakan
diri kita kan?”
...
DOA YANG AFDAL DIBULAN RAMADHAN
-
Berikut adalah doa yang perlu kita amalkan sempena bulan Ramadhan
Al-Mubarak ini
*(klik untuk besarkan gambar)*
* (klik untuk besarkan gambar)*
sumber :...
UNTA MENJADI HAKIM
-
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim
mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan
munafik...
sakit dan sihat
-
x ada istilah suka kpda sakit..sbt je sakit manusia benci dan minta
jauh..sakit2.cian pulak kat kau krne org benci kat kau..kate nye sihat kpda
sakit.....s...
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika memiliki kedua-duanya janganlah lupa pada Yang Maha Berkuasa. DIA yang memberinya. Selamat bersyukur dengan nikmat Allah teman..
"Jadikanlah dirimu sebagai orang yang merasa melakukan banyak dosa. Hapuskanlah dosa-dosa itu dengan memberikan setitis kebahagiaan kepada orang lain, dengan bermurah hati kepada mereka. Kerana setiap kesalahan hanya dapat ditebus dengan kemurahan hati." -Imam As-Syafie r.a-
Mutiara Hikmah
Aku manusia biasa sprti dirimu jua..dlm hati ada kekusutan dan takkan terurai kcuali mnerima khendak Allah. Dalam hati ada kesedihan dan takkan hilang kcuali seronok kenali Allah. Dalam hati ada kegelisahan dan takkan tenang kecuali berlindung dgn Allah. Dalam hati ada penyesalan dan takkan padam kcuali redha dgn suruhan dan laranganNya.... Tahniah dan Syabas!!! kpd yg pernah mengenali diriku.. trima kasih dan tenkiu kpd smua yg sudi b'kwn dgnku... dgn mngenali diriku, kamu dpt nilai segala klemahan dn sgala kekurangan yg ada padaku.. dgn itu kamu dpt mngmbil iktibar dan pngajaran kdalam hdupmu spy jgn jd spt aku..huhu.. jadilah yg lebih baik dr aku..=]
Pesanan....
"Kepada sesiapa yang berhajat untuk copy paste artikel di website ini, anda dibenarkan melakukannya, menyebarkannya di mana sahaja anda suka dan anda tidak perlu minta kebenaran saya apabila hendak melakukan copy paste - sebar itu. Saya redha, semoga Allah perluaskan hidayah-Nya, melalui usaha-usaha kita"
Sample Text
Orang yg hidup di bawah naungan Cinta dan Ukhuwah kerana Allah, merasakan ketenangan dan kebahagiaan yg tidak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul krn urusan Dunia.. "sesungguhnya seorang muslim itu, apabila dia berjalan di jalan dakwah, dia tidak berjalan dgn hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya. Justeru, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya.." ~ Mustafa Masyhur ~
Kemenangan seorang insan ialah apabila memberi kebahagiaan kpd org lain..
Keredhaan seorang anak ialah berkat dari keredhaan seorang ibu..
kebahagiaan seorang sahabat ialah apabila melihat senyuman dr sahabatnya & ketenangan seorang manusia ialah apabila jiwanya telus dan tulus dlm mengakui kekuasaaNya.....
prinsip dlm mencintai makhluk, yg sy pgang dr dlu smpai kini..
ReplyDeletejka cinta kpd manusia menjauhkan kta dr Allah, maka cinta itu adalah palsu.. (ust hasrizal)
bla kata cinta, psti hndak bersama ke SyurgaNya, apa2 yg membawa ke Neraka, itu bukan namanya cinta! (hilal asyraf)
bknlah kau menghendaki redha Allah utk mendapatkn org yg kau cinta, tp kau berusaha mndapatkan org yg kau cinta semata2 utk redha Allah s.w.t.. (hilal asyraf)
maka, bla Allah tak izinkan kau dgn org yg kau cinta, apakah itu mnjadi mslh bgmu???
TAK! sebab redha Allah itu yg utama.. salam muhasabah.. moga Allah redha..